Sakit Di Hari Raya...
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 22:22 1 comments
Labels: Cetusan Rasa
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 23:26 0 comments
Labels: Cetusan Rasa
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang dulu kini dan selamanya kita panjatkan kesykuran padaNYA yang memiliki keagongan dan kemuliaan. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu segala nabi kekasih Allah SWT Muhammad Rasulullah SAW serta kaum keluarga baginda, sahabat-sahabat, TAbi'in, tabi' tabi'in dan kaum muslimin seluruhnya.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahNYA dapatlah saya mencoret sepatah dua kata lagi di dalam blog saya ini. Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana saya telah mencapai kejayaan dalam imtihan saya baru-baru ini...Pada hari semalam saya telah pergi ke kuliah untuk melihat sendiri natijah imtihan saya bersama dua orang rakan saya...sejak dari malamnya saya sudah tidak tenteram memikirkan apakah natijah imtihan saya nanti...rasib ke, manqul ke atau sofi ke???Sepanjang perjalanan ke kuliah saya merasa cukup cemas dan berdebar-debar...Dalam hati hanya pada Allah sahaja saya memohon agar tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya...
Setibanya di hadapan kuliah...saya lihat ramai Arab dan wafidat sedang melihat natijah imtihan mereka...dari jauh kelihatan bermacam-macam reaksi muka...Ya Allah...Kau berikanlah Aku ketenangan hati...Itu sahaja yang mampu terlintas difikiran saya tatkala sampai di situ...pertama sekali saya lihat nama saya di tempat pelajar-pelajar yang rasib dan ghaib...dua tiga kali saya belek...tidak ada nama saya...Alhamdulillah...saya lihat pula nama-nama pelajar yang najah...dua tiga kali juga saya belek tetap tidak ada nama saya...perasaan gusar mula menyelubungi diri...saya bertanyakan kawan saya...dia juga tidak menjumpai nama dan angka giliran saya...Ya Allah berikanlah aku kesabaran dan ketabahan hati...itu yang bermain di benak saya...tidak mengapa...bisik hati saya...cuba cari lagi dengan tenang...
Saya cuba mencari sekali lagi dengan berhati-hati...Eh, rasanya macam nama saya...Saya bertanyakan kawan saya, adakah betul itu nama dan angka giliran saya...Alhamdulillah...Ya, itu memang nama dan angka giliran saya...Alhamdulillah...kawan saya katakan saya Sofi, najah naik Tahun 4...Alhamdulillah...Ya Allah Syukur sangat-sangat...itulah kata-kata spontan yang keluar dari mulut saya...tidak sabar untuk balik kerumah berkongsi berita gembira ini dengan suami dan anak tercinta..
Setiba dirumah...suami saya tersenyum lebar dari jauh...seakan-akan dia tahu apa natijah imtihan saya...Bila diberitahu...ternyata perasaan gembira dan syukur itu tidak boleh disorok-sorok lagi...Alfun Mabruk darinya untuk saya...Suami saya telah mengingatkan saya janji yang saya buat padanya...jika saya najah naik tahun 4(akhir) tahun ni...saya mesti menghafaz Quran daripada sekarang dan tasmik dengannya nanti...kerana dia khuatir jika saya menghafaz lewat saya tidak dapat membahagikan masa untuk studi madah dan quran...Ya, saya masih ingat lagi janji yang saya buat itu...dan saya akan tepatinya....bukan sahaja kerana suami tetapi kerana Allah SWT...untuk tahun 4 ini saya mesti menghafaz 6 surah, lebih kurang 2 juzuk...berbanding masa tahun 3 saya hanya perlu menghafaz 4 surah, lebih kurang 1 juzuk...
Justeru, mulai hari ini blog saya mungkin tidak akan di update selama 2 atau 3 bulan or maybe more...kerana memberi laluan buat diri saya untuk membuat persediaan awal sebelum imtihan tahun hadapan...
Kepada mereka-mereka yang sudi mengunjung blog saya yang tak seberapa ini...saya memohon kepada kalian, doakan kejayaan buat saya dan sahabat-sahabat saya diluar sana...Moga kita semua menjadi Hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat...Amin Ya Rabb...
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 05:35 0 comments
Labels: Cetusan Rasa
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih lagi diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah yang indah ini. Dua hari lepas saya dan keluarga pergi bersiar-siar di Taman Montazah, Alexandaria Egypt. Tetapi bahangnya masih terasa hingga ke hari ini kerana musim panas pada tahun ini cukup istimewa buat saya dan suami...Kali ini kami tidak habiskan masa musim cuti kami berdua, tetapi dihabiskan bersama dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan kami..iaitu putera sulung kami, Muhammad Huzaifah Rifaie. Kami cukup terhibur dengan gelagat dan keletahnya yang tak henti-henti mencuit hati kami...Hati saya cukup terhibur apabila melihat gelagatnya walaupun kadang-kadang semasa perjalanan terasa sedikit penat...tapi kepenatan itu berbalas apabila melihat kegembiraan di wajah Rifaie...Kenangan yang tidak dapat saya lupakan apabila pertama kali membawa Rifaie masuk ke Taman Montazah, dia cukup takut dengan bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya...lucu kami melihatnya...maybe kerana sebelum ni kami tak pernah membawa dia bersiar-siar kemana-mana...memandangkan sebelum ini adalah musim sejuk dan pada waktu itu dia masih kecil lagi. Thats why la bila dia dah besar kami bercadang nak bawa dia bersiar-siar sekitar tempat kelahirannya sebelum dia di bawa pulang ke Malaysia...Disini beberapa aksi dan keletah Rifaie yang sempat kami lakarkan untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan....





Posted by .::Ummu Rifaie::. at 19:02 0 comments
Labels: Cetusan Rasa
Assalammualaikum warrahmatullahi wa barakatuh...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang dulu kini dan selamanya kita panjatkan kesykuran padaNYA yang memiliki keagongan dan kemuliaan. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu segala nabi kekasih Allah SWT Muhammad Rasulullah SAW serta kaum keluarga baginda, sahabat-sahabat, TAbi'in, tabi' tabi'in dan kaum muslimin seluruhnya.
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahNYA dapatlah saya mencoret sepatah dua kata di dalam blog saya ini.Alhamdulillah...syukur sekali lagi Kehadrat Allah SWT kerana berkat dan pertolonganNYA, suamiku telah Najah dalam Imtihan Syahadahnya baru-baru ini. Akulah orang pertama yang begitu gembira apabila diberitahu oleh suamiku bahawa dia telah sofi dalam imtihan syahadahnya...u know what??Sebelum suamiku bertolak ke Syubra untuk melihat sendiri natijahnya...he said that he did not confident yang dia akan najah dalam imtihannya...he so afraid bcoz klo dia failed in his exam...he did not know what to do n how to explain pada family dia...So sebagai seorang isteri, kawan, sahabat....aku berjaya yakinkan dia bahawa Insyallah dia pasti najah dalam imtihan syahadahnya, memandangkan kepada usaha dia selama ini. Walaupun kadang-kadang suamiku terpaksa membahagikan masa mengulangkajinya dengan anak kesayangan kami Huzaifah, menolong aku membuat kerja2 dirumah dan sebagainya, tapi dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan hamba Allah. Apa yang penting sekarang ni, kita dah usaha. So yang tinggal hanyalah doa, ikhtiar dan tawakkal.Banyakkan berserah pada Allah...Dialah Maha Berkuasa keatas segala-galanya dan kepada Dialah tempat kita mengadu...
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 03:42 0 comments
Labels: Cetusan Rasa
Adakah Malaysia sebuah Negara Islam? Apa kata Ulama’ Muktabar?
Muhammad bin Hasan as- Syaiban: “Negara Islam ialah Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang- orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan didalamnya.”
Syeikh Muhammad Abu Zahrah: “Negara Islam (Darul Islam) ialah Negara yang berada dibawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu Muslim.”
Dr. Mohammad Said Ramadhan al- Butiy: “Pelaksanaan hukum- hukum syariah Islamiah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah Negara itu sebagai Negara Islam.”
PENGENALAN
Sebelum ini telah diperkatakan bahawa negara mesti mempertahankan nilai- nilai agama dengan menggunakan cara- cara perundangan, pentadbiran dan ketenteraan. Sekarang kita akan membincangkan keperluan penubuhan kerajaan Islam dalam Negara Islam dan unsur- unsur yang membezakan kerajaan Islam dengan kerajaan- kerajaan lain.
Terdapat matlamat khusus yang mesti dicapai oleh kerajaan Islam, ia adalah “keislaman”,
yang bermaksud mematuhi ajaran Islam dalam semua aspek. Kepatuhan ini akan dicapai dengan mengikuti peraturan- peraturan Islam oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap fungsi awam kerajaan dan dengan kenyataan common law yang digunakan oleh ahli hukum Muslimin.
Apa yang dirasakan perlu oleh ahli- ahli hukum ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan dalam pemerintahan Negara Islam yang mengambil undang- undang asasnya daripada Syariah Islam dan menakluki kesemua institusi atau pihak berkuasa kepada undang- undang tersebut.[
Terdapat dua matlamat yang saling bantu- membantu bagi penubuhan kerajaan dalam Negara Islam. Ia bertujuan untuk membentuk al- Din(keimanan) dan menjaga kepentingan rakyat. Pembentukan keimanan adalah tujuan asas yang mesti dilakukan oleh Negara Islam. Sesungguhnya itulah sebabnya ia wujud dengan kualiti yang tidak boleh difahami, yang membezakannya dengan negara- negara lain. lebih- lebih lagi unsur tunggal yang mengikat individu- individu Jemaah Muslimin didalam perhubungan politik ialah sikap mereka terhadap Islam. Seseorang individu yang tidak menumpukan sikap ini akan dianggap pemberontak yang menentang sistem masyarakat atau negara. Sekiranya seluruh masyarakat tidak mengikuti kewajipan ini, maka kewujudannya tidak menjadi wajar lagi.
Ketika menerangkan kerajaan mengikut sistem Islam, ahli- ahli hukum Muslimin berpendapat bahawa, “timbalan pemerintah mendokong syariah (Rasulullah) bagi mengawal agama dan polisi tentang hal- hal keduniaan.” Ini akan jelas jika kita melihat tugas- tugas yang diamanatkan mengikut undang- undang Islam keatas mereka yang bertanggungjawab tentang hal- hal kerajaan didalam Negara Islam. Ahli- ahli hukum telah menyebut sepuluh syarat yang harus diikuti oleh seseorang yang bertanggungjawab tentang hal- hal kerajaan didalam Negara Islam. Ahli- ahli hukum telah menyebut sepuluh syarat yang harus diikuti oleh seseorang yang bertanggungjawab terhadap hal- hal kerajaan dalam Negara Islam. Ia adalah seperti berikut:
Mempertahankan keimanan mengikut prinsip- prinsip asal dan dalam bentuk yang telah dipersetujui sebulat suara oleh al- Salaf (orang dahulu) Ummah. Melaksanakan pengadilan dikalangan mereka yang berlawanan dan menyelesaikan kes anatara mereka yang bertentangan. Keamanan kawasan supaya rakyat dapat hidup dirumah mereka dan mengembara dengan selamat.
Melaksanakan hukuman seperti yang ditentukan oleh Syariah bagi mengawal had- had yang ditetapkan oleh Allah dan menjadi hak- hak hamba-Nya.
Membina tembok disempadan dengan melengkapkan alat- alat yang dapat mencegah dan mematahkan segala pencerobohan.
Berjihad terhadap mereka yang menentang Islam setelah menyeru mereka memeluknya, atau menerima perlindungan sebagai bukan Muslim supaya kebenaran Allah dipertahankan dalam memproklamasikan agama diseluruh dunia.
Mengenakan pungutan cukai dan zakat serta amal mengikut peruntukan- peruntukan Syariah.
Mentaksirkan gaji dan belanjawan penting daripada perbendaharaan dengan tidak berlebihan atau berkurangan.
Melantik mereka yang jujur dan layak kejawatan- jawatan yang berhubungan dengan amanah bagi menjaga kekayaan( negara) dan mentadbirkan hal- hal (kerajaan)
Pengawasan peribadi dan penyemakan hal- hal awam supaya dapat mentadbir negara dan mempertahankan negara.
Inilah perbezaan diantara konsep kepentingan awam didalam negara sekular dengan matlamat Negara Islam untuk mencapai kepentingan rakyat. Sebaliknya, asas matlamat ini untuk memenuhi kepentingan- kepentingan tersebut akan membawa kepada pembentukar keimanan- iaitu unsur pertama matlamat kerajaan Islam. Sebaliknya kepentingan rakyat dalam lingkungan Negara Islam pula tidak ditentukan oleh kuasa politik atau kemahuan atau pendapat umum.
Dengan kata lain, didalam Negara Islam, matlamat adalah satu syarat perundangan bagi kesahihan kerajaan yang sedang berkuasa, tetapi didalam negara sekular ia hanyalah satu unsur politik yang menjadi panduan kerajaan.
MENJAWAB PERSOALAN
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam diperhimpunan agung Parti Gerakan Malaysia beberapa hari selepas peristiwa bangunan World Trade Centre di New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pengisytiharan tersebut dianggap berani kerana ia dibuat dalam suasana sentimen anti- Islam, khususnya di negara- negara Barat kian terasa akibat peristiwa tersebut.
Berdasarkan kepada kajian- kajian dan rujukan- rujukan yang telah dibuat serta fakta- fakta lain, saya berpendapat Malaysia masih lagi belum boleh disytiharkan sebagai sebuah Negara Islam kerana negara ini masih lagi tidak mempunyai ciri- ciri Negara Islam yang menepati takrifan syarak.
Untuk menyatakan sebuah negara itu Negara Islam, ia mestilah dibuat mengikut takrifan syarak. Sungguhpun Malaysia diisytiharkan sebuah Negara Islam oleh bekas PM kita, ia boleh dipertikaikan kerana perisytiharan itu dibuat tanpa sebarang perubahan dalam perlembagaan, undang- undang, dan dasar- dasar kerajaan.
Dalam membincangkan topik Negara Islam, majoriti ulama berpandangan, jika sebuah Negara ingin diiktiraf sebagai Negara Islam, unsur utama yang perlu ada bagi Negara itu ialah al- Quran dan Sunah menjadi teras kepada perjalanan pentadbiran, perundangan dan perlembagaan negara tersebut.
Tetapi aspek ini tidak ada di Malaysia. Saya tidak menafikan Malaysia adalah negara orang Islam, tetapi ia tidak memenuhi takrifan sebuah Negara Islam. Terdapat pelbagai perbezaan pendapat dikalangan ulama’ mengenai konsep Negara Islam. Secara jelas, ulama mengklasifikasikan Negara sebagai Dar al- Islam, Dar al- Kufr, Dar al- ‘Ahd.
Contohnya Al- Kasani menyebut, “zahirnya Islam dan zahirnya kekufuran itu bermaksud zahirnya dan menonjolnya hukum, undang- undang dan peraturan kedua- duanya. Maka apabila zahir hukum dan undang- undang kufur sebuah negara, maka jadilah ia Dar al- Kufr dan betullah tersebut (al- idhafah). Dan begitulah juga akan jadi sebuah Negara Islam apabila zahir dan menonjolnya undang- undang Islam didalamnya tanpa syarat yang lain.”
Jadi undang- undang syariah yang menggambarkan penyerahan secara mutlak kepada Allah s.w.t. mesti menonjol dalam sebuah Negara Islam. Adakah diMalaysia kita lihat penyerahan secara mutlak ini?
Jika ada pihak yang menyatakan Malaysia Negara Islam mengakui negara ini sedang melalui proses penyempurnaan, dengan melakukan proses Islamisasi secara dikit- dikit, maka tidak wajar negara ini disytiharkan sebagai Negara Islam sekarang. Ini kerana ia masih belum memenuhi sepenuhnya ciri- ciri sebuah Negara Islam.
Malah beberapa ulama’ yang mendukung dan mempertahankan Malaysia sebagai Negara Islam berdasarkan hujah, definisi dan ciri- ciri tertentu, secara jelas mengakui bahawa ia tidak sempurna dan hanya mempunyai sebahagian daripada ciri- ciri tersebut. Bagi sesetengah Umat Islam fundamental Islam dalam semua perkara amat diutamakan. Asas mendirikan sebuah Negara Islam ialah berteraskan al- Quran dan Sunah, tetapi perkara fundamental itu tiada dinegara ini. Ia tidak termaktub samaada dalam perlembagaan, atau dilaksanakan secara praktikal.
Jika pun tidak tertulis dalam perlembagaan bahawa pentadbiran dan undang- undang negara ini berteraskan dua sumber utama Islam itu, ia hendaklah menjadi asas dalam amalannya. Walaupun didalam Perlembagaan Persekutuan termaktub bahawa Islam adalah agama rasmi dan kebebasan menganuti serta mengamalkan agama dijamin, tetapi dalam hal berkaitan agama Islam, ia tidak sebebas itu.
Takrif Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia bersifat ceremonial sahaja, dan tidak membawa maksud Islam diamalkan dalam semua perkara, terutama undang- undang. Kita sudah merdeka lebih 40 tahun dan percubaan agar Akta Kesalahan Jenayah Syariah dipinda dengan memasukkan kesalahan- kesalahan yang jelas termaktub didalam Al- Quran dan Sunah, gagal.
Malah dari segi praktikal juga, jaminan terhadap hal- hal berkaitan kebebasan mengamalkan agama tidak berlaku secara menyeluruh. Perkembangan terakhir menunjukan berlaku kekangan- kekangan, contohnya isu sekolah agama rakyat, meroboh Surau Jubli Perak di Bangi, Selangor, dan hak wanita Islam memakai pakaian menutup aurat dalam sestengah jabatan kerajaan dan sebagainya.
Saya mengakui terdapat banyak perkara yang boleh diijtihadkan, termasuk konsep Negara Islam dan undang- undang Islam, tetapi asas ijtihad tidak boleh lari daripada al- Quran dan Sunah. Contohnya Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan satu kaedah yang statik untuk berperang, begitu juga dengan pembentukan sebuah negara, tetapi ia tetap berasaskan al- Quran dan Sunah.
Dari segi infrastruktur, Malaysia patut dipuji sebagai sebuah negara yang mengamalkan Islam bersifat syiar. Tetapi Negara Islam bukan hanya berteraskan kepada syiar, ia mesti juga berteraskan syariah. Sekarang jika pun ada beberapa enakmen jenayah dan pentadbiran undang- undang syariah dinegeri- negeri ia masih tidak menepati takrifan syariah yang bermaksud keseluruhan sistem berteraskan al- Quran dan sunah. Jadi kita boleh berbangga bahawa Malaysia adalah sebuah negara uamat Islam yang maju, tetapi bukan sebagai sebuah Negara Islam.
Saya berpegang kepada apa yang disebut didalam Al- Quran dalam surah al- Baqarah: 208:
يأيها الذين ءامنواادخلوا فى السلم كآفة ولاتتبعوا خطوت الشيطن انه لكم عدو مبين
Maksudnya: “ Hai orang- orang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah- langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Inilah asas bagi individu, institusi dan negara Islam. Pengambilan Islam secara keseluruhan ini belum lagi berlaku dalam konteks kita sebagai negara. Jika bentuk Negara Malaysia dikatakan Negara Islam, maka saya paling malu mengakuinya. Bagaimana kita mendakwa Malaysia sebuah Negara Islam sedangkan kita mempunyai kasino terbesar di Asia, kilang arak yang besar, berlaku penyelewengan kuasa yang hebat, penahanan orang tanpa perbicaraan dan sebagainya yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Selain itu, terdapat juga penolakan terhadap konsep pentarafan ilmu yang datangnya daripada bekas PM kita. Memang pada dasarnya beliau tidaklah menolak kepentingan Ilmu Fardhu Ain sebagaimana dinyatakannya itu. Tetapi ilmu yang dikatakan penting itu sekadar melepas batuk ditangga sahaja, dan kemudiannya terus ditekankan keutamaan ilmu- ilmu sekular. Dan dalam perkara ini, beliau ternyata agak berlebihan dalam tekanannya itu, sehingga akhirnya kita merasakan yang Ilmu Fardhu Ain itu sudah tidak penting lagi, atau sekurang- kurangnya sudah menjadi setaraf. Misalnya beliau sampai mendakwa bahawa tidak ada kelebihannya al- Ghazali dengan Ibn Sina, meskipun yang pertama alim dalam ilmu agama dan yang kedua alim dalam ilmu sekular. Bahkan adakalanya beliau semacam menyindir pula konsep hierarki ilmu tersebut, dengan katanya:
“Sementara Islam menyuruh kita menuntut ilmu, ada yang membahagikan ilmu itu kepada yang sekular dan yang tidak, dan dengan itu menjadikan sebahagian besar dari pengetahuan manusia itu tidak dapat dikuasai oleh umat Islam.”
Kita boleh membentuk apa juga bentuk Negara Islam, tetapi intipatinya mestilah Al- Quran dan Sunah menjadi teras dalam perjalanan pentadbiran dan undang- undang negara.” Misalnya Malaysia dikatakan sebuah Negara Islam tanpa asas pelaksanaan al- Quran dan Sunah. Dalam soal undang- undang contohnya, terdapat banyak undang- undang Malaysia yang bertentangan dengan undang- undang Islam contohnya, qisas dan takzir dalam kes bunuh.
Sungguhpun didalam undang- undang Negara sekarang seseorang yang didapati bersalah membunuh boleh dijatuhi hukuman bunuh (yang menepati hukum bunuh didalam Islam), tetapi hak untuk membalas bunuh perlu diperincikan lagi agar menepati hukum Islam. Undang- undang substantif dan prosedur Islam perlu dilaksanakan secara bersama dan menyeluruh. Tetapi dinegara ini, ia tidak dirujuk, malah undang- undang Islam seperti undang- undang jenayah sering digambarkan negatif. Seperti yang kita sedia maklum juga, Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang- undang tertinggi negara ini, bersumberkan undang- undang British, bukan ilmu perundangan Islam.
Sebagai contoh, takrifan Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan adalah berkaitan adat istiadat rasmi. Ia tidak memasukkan sumber perlembagaan sebagai merujuk kepada al- Quran dan as- sunah sebagai rujukan dan sumber ijmak dan ijtihad para ulama’. Ini bermaksud secara jelas peruntukan Islam sebgai agama rasmi itu tidak bermaksud Islam sebagai rujukan terhadap persoalan kenegaraan Malaysia. Artikel 121(a) pula dalah peruntukan bagi mengelakkan campur tangan Mahkamah Sivil yang mempunyai bidang kuasa lebih tinggi berbanding Mahkamah Syariah. Kedudukan Institusi perundangan Islam diletak sebagai tertinggi dan mengatasi Mahkamah Sivil disebabkan bidang kuasa perundangan Islam tidak diperluaskan oleh badan eksekutif. Bidang kuasa Mahkamah Syariah juga adalah terhad kepada hal ehwal pentadbiran orang Islam dan kekeluargaan Islam. Malah tidak ada peruntukan undang- undang yang jelas membela akidah Islamiah dan mencegah mereka daripada berlaku murtad. Hukuman bagi kesalahan- kesalahan berkhalwat, bersekedudukan, minum arak dan mencuri juga tidak menepati panduan al- Quran dan as- sunah.
Peristiwa hijrah Nabi s.a.w. adalah salah satu nas yang kukuh. Saya melihat penghijrahan Nabi s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah asas pembentukan Negara Islam. Sekian lama baginda di Mekah, tidak timbul masalah pembentukan Negara, kemudian baginda diarahkan untuk berhijrah ke Madinah. Jadi peristiwa hijrah ini adalah satu nas yang mewajibkan umat Islam membentuk sebuah Negara Islam, sebab jika Islam hanya satu agama yang mementingkan ibadah semata- mata, umat Islam tidak perlu berhijrah kerana ibadah di Masjidilharam berlipat ganda pahalanya. Hijrah ke Madinah adalah tapak, satu nas daripada sunah Rasulullah s.a.w. bahawa Islam adalah kuasa yang memerintah, bukan diperintah.
Kita pasti inginkan sebuah Negara Islam moden, yang berteraskan al- Quran dan sunah yang mampu bersaing di dunia dari segi ekonomi, teknologi, ilmu dan sebagainya.
Saya tidak nafikan Malaysia sebuah Negara yang hebat dalam menegakkan syiar Islam, seperti juga dinegara- Negara Arab. Tetapi, akan nampak lebih ‘cantik’ lagi sekiranya Syariat Islam juga didukung dan diletakkan ditempat yang sewajarnya. Kita tidak perlu menunggu sehingga orang ramai faham undang- undnga Islam untuk melaksanakannya, kerana majoriti rakyat sekarang pun tidak faham undang- undang sivil yang diamalkan. Malah undang- undang Islam pernah pun diamalkan di Tanah Melayu dahulu, di Perak, Pahang, dan Melaka sebelum digantikan dengan undang- undang Inggeris. Maka kita sepatutnya berusaha untuk mengamalkan semula undang- undang Islam.
Posted by .::Ummu Rifaie::. at 10:31 0 comments
Labels: Cetusan Rasa



