islam
Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Rahsia di Sebalik Wuduk

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


dipetik dari: tranungkite

1 message received...

enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..


bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,
tp ana selalu tersenyum didalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,
tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..
di hari2 yang pasti...

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,
tika mana ana dan enti 'bukan' lg 'ana' dan 'enti'..
di hari2 yg pasti...

bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,
tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,
dihari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari2 yg pasti...

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,
tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari2 yang pasti..

bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,
tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..
tidak lagi ,
dihari2 yang pasti..
...............................

enti yakinlah,
ercayalah...

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
kerana ia bukan hari2 yang pasti...

bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai enti,
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
kerana ia bukan hari2 yang pasti..

kerana ia bukan dihari2 yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati..
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..

intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..
bukan lah 'ana dan enti 'lagi...
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

-selamat malam enti-

semoga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..
------------------------------------------------
pasti!..yakinlah..Allah sangt2 baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan enti2 skalian..

*sangat- sangat menghargainya. Jazakallahukhairan kathira*

"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Dakwah! Ameen"~ *Hanya Allah yang tahu*

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Artikel Dari: http://dakwah-fisabilillah.blogspot.com

FITNAH WANITA


Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang
menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara
yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui
orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.

Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.

Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.

"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka
seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.

Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga.

Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry). Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat.

Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi. Allah lalu menurunkan firman Nya :

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim :

wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan. Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina

Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan

Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik

samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan

PENGHUNI SYURGA

Suatu ketika Nabi Muhammad saw. Duduk di masjid dan berbincang-bincang dengan sahabatnya. Tiba-tiba beliau bersabda: "Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk kemari." Semua mata pun tertuju ke pintu masjid dan pikiran para hadirin membayangkan seorang yang luar biasa. "Penghuni syurga, penghuni syurga," demikian teriak mereka.

Beberapa saat kemudian masuklah seorang dengan air wudhu yang masih membasahi wajahnya dan dengan tangan menjinjing sepasang alas kaki. Apa gerangan keistimewaan orang itu sehingga mendapat jaminan syurga? Tidak seorangpun yang berani bertanya walau seluruh hadirin merindukan jawabannya.

Keesokan harinya peristiwa di atas berulang lagi. Ucapan Nabi dan "si penghuni" syurga dengan keadaan yang semuanya terulang, bahkan pada hari ketiga pun terjadi hal yang demikian.

Abdullah ibnu'Amr tidak tahan lagi, meskipun ia tidak berani bertanya dan khawatir jangan sampai ia mendapat jawaban yang tidak memuaskannya. Maka timbullah sesuatu dalam benaknya. Dia mendatangi si penghuni syurga sambil berkata: "Saudara, telah terjadi salah faham antara aku dan orang tuaku, dapatkah aku menumpang di rumah anda selama tiga hari?"

"Tentu, tentu….," jawab si penghuni syurga. Rupanya Abdullah ingin melihat secara langsung amalan si penghuni syurga.

Tiga hari tiga malam ia memperhatikan, mengamati bahkan mengintip si penghuni syurga, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Tidak ada ibadah khusus yang dilakukan si penghuni syurga. Tidak ada solat malam, tidak pula sunnah. Ia bahkan tidur dengan nyenyaknya hingga beberapa saat sebelum fajar. Memang sesekali ia terbangun dan ketika itu terdengar menyebut nama Allah di pembaringannya, tetapi sejenak saja dan tidurnya pun diteruskan.

Pada siang hari si penghuni syurga bekerja dengan tekun. Ia ke pasar, sebagaimana halnya semua orang yang ke pasar. "Pasti ada sesuatu yang disembunyikan atau yang tak sempat kulihat. Aku harus berterus terang kepadanya," demikian fikir Abdullah.

"Apakah yang anda buat sehingga Anda mendapat jaminan syurga?" tanya Abdullah.

"Apa yang anda lihat itulah!" jawab si penghuni syurga. Dengan kecewa Abdullahterus kembali saja ke rumah, tetapi tiba- tiba tangannya dipegang oleh si penghuni syurga seraya berkata: "Apa yang anda lihat itulah yang saya lakukan, ditambah sedikit lagi, iaitu saya tidak pernah merasa iri hati terhadap seseorang yang dianugerahi nikmat oleh Tuhan. Tidak pernah pula saya melakukan penipuan dalam segala aktiviti saya."

Dengan menundukkan kepala Abdullah meninggalkan si penghuni syurga sambil berkata: "Rupanya yang demikian itulah yang menjadikan Anda mendapat jaminan syurga."

Kisah di atas diambil dari buku Fath Al-Nubuwah. "Astaghfirullah, mampukah kita mengikuti jejaknya?

Wallahu A'lam"

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM


Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

3 Soalan Utama di Mahsyar...

1) Tentang UMURmu bagaimana kita menghabiskannya???

- sepanjang mana umur kita maka sepanjang tempoh itulah kita akan ditanya samada kita telah memanfaatkan umur kita atau kita banyak membazirkannya dengan perkara2 kurang manfaatnya.

- berapa banyak amal kebajikan kita, ibadat kita atau maksiat kita lakukan.

2) Tentang HARTAmu ke mana kita sumbangkannya???

- sebanyak mana harta yang kita kumpulkan maka sebanyak itulah nanti yang akan diperiksa dan dianalisis untuk mengetahui samada kita telah benar2 memanfaatkan harta kita pada jalanNYA atau kita hanya bazirkannya pada perkara2 kurang berfaedah.

- banyak mana sumbangan harta kita kepada perjuangan Islam atau hanya pembaziran semata2

3) Tentang ILMUmu sejauh mana kita amalkan dan sebarkannya???

- ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah

- jika kita hanya menyimpan ilmu tanpa ingin untuk luaskannya maka tunggulah balasan dariNYA kerana orang yang berilmu mempunyai pilihan samada nanti dia akan dimasukkan ke Neraka atau ke Syurga disebabkan oleh ilmunya.

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


PELIHARA AKAL, JAUHI GEJALA YANG BOLEH MEROSAKKANNYA


MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, dikurniakan-Nya akal untuk membezakan manusia dengan haiwan. Dengan akal, manusia dapat membezakan mana baik dan buruk, mana halal mana haram. Untuk kehidupan yang sempurna dan teratur, akal sangat-sangat memainkan peranan penting, oleh itu akal perlu dijaga dengan sebaik-baiknya dan jangan dirosakkan.


Untuk menunjukkan betapa pentingnya akal itu kepada manusia, maka di dalam Al-Qur'an telah menyebutkan perkataan akal itu tidak kurang dari 49 kali. Ini bererti akal itu amat perlu bagi manusia untuk memikirkan segala apa yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 219, tafsirnya :


"Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir."


Dalam usaha menjaga akal itu daripada rosak dan menghadapi gangguan, maka agama Islam mengharamkan segala perkara yang boleh mengganggu atau merosakkan fungsi akal seperti meminum arak, menyalahgunakan dadah dan segala benda yang memabukkan.


Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat segelintir manusia tidak menghargai anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang amat berharga itu, merosakkannya dengan dadah secara sengaja tanpa memikirkan akibat perbuatan yang dilakukan walaupun telah mengetahui dadah itu sangat membahayakan. Ini akibatnya jika akal tidak dimanfaatkan dengan betul. Kalau manusia hilang akal, maka pada ketika itu manusia akan menjadi seperti haiwan. Perbuatan ini bererti mencampakkan diri ke arah kebinasaan secara sengaja, sedangkan perkara ini dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana
firman-Nya dalam Surah Al Baqarah ayat 195, tafsirnya:


"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."


Ketahuilah wahai kaum Muslimin, bahawa penyalahgunaan dadah itu boleh menghilangkan akal yang sihat. Orang yang mengambil bahan-bahan ini akan keluar dari tabiat yang sebenarnya kerana akalnya sudah terganggu sehingga yang jauh menjadi dekat dan yang dekat menjadi jauh, dapat membuat akal menjadi lupa, tenggelam dalam khayalan dan lamunan yang bukan-bukan. Yang lebih teruk lagi, mereka akan lupa diri, lupa agama dan lupa dunia. Ingatlah bahawa dadah itu mempunyai pengaruh yang lebih besar dan lebih berbahaya daripada minuman keras dan sudah sewajarnya orang yang terlibat dengan dadah ini dikenakan hukuman dengan seberat-beratnya.


Ada orang mengatakan dadah itu boleh memberi ketenangan, menyelesaikan masalah, menghilangkan rasa malu, menambahkan dan meningkatkan prestasi. Menghilangkan rasa bosan dan sebagainya. Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah tidak benar dan tidak berasas, tetapi jika dikatakan dadah itu membawa masalah, itulah sebenarnya, kerana ia punca masalah seperti menyebabkan kemiskinan, harta benda habis dijual, keganasan terjadi di dalam rumah tangga, keluarga menjadi porak-peranda, pecah amanah, menipu dan susah dipercayai, selalu meminjam wang kepada rakan-rakan sejawat, mencuri barang-barang yang boleh dijual, menimbulkan huru-hara dan ketakutan dalam masyarakat, terjadinya kejadian rompakan dan peras ugut, tidak kurang juga berlakunya pembunuhan, ada penagih yang sanggup membunuh ibu bapa, isteri, anak, tanpa memperdulikan mereka itu keluarganya sendiri bahkan sesiapa saja.


Selain itu, gejala penagihan dadah mendatangkan risiko kepada negara kerana dibebani perbelanjaan rawatan dan pemulihan yang begitu besar. Dan yang paling mengkhuatirkan, negara akan kehilangan aset yang diharap-harapkan selaku generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara.


Bersabit dengan masalah dadah ini, ada pula yang menyatakan dadah itu tidak haram kerana tidak disebutkan di dalam Al-Qur'an dan hadis sebagaimana hukum meminum arak. Tetapi perlulah difahami, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, maksudnya:


"Daripada Ibnu Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Semua yang memabukkan itu adalah termasuk dalam erti kata arak dan semua yang memabukkan itu adalah haram." (Riwayat Al Imam Muslim).


Dari hadis tersebut dapatlah difahami bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram, oleh kerana penyalahgunaan dadah itu juga memabukkan dan mengkhayalkan, maka hukumnya juga haram samalah seperti arak.


Bersempena dengan sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Dadah Haram 2008 ini, maka semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu, tidak hanya memandang sebelah mata dalam usaha membanteras gejala ini, demi mencapai hasrat negara dalam ASEAN Bebas Dadah pada tahun 2015 menjadi realiti. Sama-samalah kita berdoa semoga rakyat dan penduduk negara ini selamat dan terhindar dari bahaya dadah dan apa jua perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6, tafsirnya:


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dipetik dari: Pelita Brunei- Khutbah

SETERIKA API YANG MENYALA AKAN DISETERIKAKAN KE ATAS PERUT DAN PUNGGUNG MEREKA YANG ENGGAN MEMBAYAR ZAKAT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:” Kalau sesiapa yang mempunyai emas dan perak tetapi tidak mahu membayar zakat, maka pada hari kiamat nanti akan dibuatkan seterika untuknya, yakni seterika api yang dinyalakan dalam neraka Jahanam, lalu akan diseterika ke atas perut dan punggungnya, apabila seterika itu sejuk maka akan dipanaskan kembali dan diseterikakan semula keatasnya., begitulah akan diulang-ulangkan selama 50 tahun sehingga perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah ia akan melihat jalan keluar, mungkin ke syurga atau ke neraka.”

Kemudian orang ramai telah bertanya kepada baginda:”Ya Rasulullah! Bagaimana dengan Unta?” maka berkata baginda:” Tidak ada kecuali pemilik unta yang tidak membayar zakat untuknya.” Sambung baginda lagi:” Termasuk juga di dalamnya kewajipan memerahnya ketika ia dibawa ketempat minum.Maka pada hari kiamat nanti orang itu akan ditelentangkan di tempat yang rata supaya dipijak-pijak oleh unta-unta yang paling gemuk yang besar-besar, hinggakan anak-anak unta yang paling kecil sekali pon akan memijak-mijak dengan kukunya serta mengigit dengan giginya yang tajam.Setelah satu pergi kemudian datang pula yang satu lagi memijak-mijaknya , demikianlah hal itu berlaku setiap hari hingga perkaranya selesai diadili.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa satu hari di akhirat sama dengan 50.000 tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalan keluar, mungkin ke syurga atau pun mungkin ke neraka.

KISAH SEORANG ALIM YANG DIFITNAH OLEH SEORANG WANITA


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang pendita bernama Juraij sangat kuat beribadat kepada Allah swt. Suatu hari ibunya datang memanggilnya ketika ia sedang sembahyang. Juraij tidak menjawab panggilan ibunya maka ibunya sangat marah lalu berdoa:" Semoga Allah swt.menguji kamu dengan seorang wanita pelacur."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Kalaulah pendita Juraij itu seorang yang benar- benar mengetahui tentang agamanya sudah tentu ia mengetahui bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih afdal daripada sembahyang sunat."

Berdekatan dengan daerah tempat Juraij tinggal, datang seorang wanita yang berhajat.Dalam perjalanan ia bertemu dengan seorang pengembala kambing, lalu pengembala kambing itu merayu untuk memuaskan nafsunya, maka mereka pun melakukan perbuatan terkutuk itu dekat dengan tempat Juraij beribadat. setelah sekian lama maka wanita itu pun melahirkan anak dari hasil perbuatan terkutuk itu.

Dalam daerah itu hukum zina adalah sangat berat.Setelah wanita itu melahirkan anak, maka berita itu sampai kepada raja.

Wanita itu dihadapkan kepada raja. Raja itu berkata:"Dari mana kamu dapat anak ini?" Wanita itu berkata:"Anak ini adalah hasil perbuatan Juraij."Apabila Raja mendengar perbuatan itu dilakukan oleh orang yang sangat kuat beribadat maka ia pun memerintah pengawal-pengawalnya memanggil Juraij. Ketika pengawal-pengawal itu sampai di tempat Juraij, kebetulan Juraij sedang melakukan ibadat.Pengawal-pengawal itu memusnahkan tempat Juraij beribadat dan menangkap Juraij lalu diikat lehernya dengan tali dan dibawa mengadap raja.

Apabila Juraij sampai di hadapan raja, maka raja pun berkata:"Kamu berlagak alim tetapi kamu merosakan kehormatan orang dan membuat perbuatan sumbang." Juraij tercengang mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut raja itu.Juraij berkata:"Saya tidak melakukan apa,"kemudian raja berkata lagi:"Kamu telah berzina dengan wanita ini. Dia mengaku kamu melakukan sehingga ia melahirkan anak."Lalu Juraij berkata:"Saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu."Tetapi mereka tidak percaya kata-kata Juraij sehingga Juraij bersumpah mengatakan ia tidak melakukannya.

Oleh kerana mereka tidak mahu mempercayai kata-katanya maka Juraij meminta raja mengizinkan dia dibawa bertemu dengan ibunya.Setelah diperkenankan, Juraij dibawa ke rumah ibunya.Juraij pun berkata kepada ibunya:"Wahai ibuju, kamu telah berdoa kepada Allah swt. dan Allah swt. telah menerima doamu. Sekarang aku mengadapi masalah yang rumit, oleh itu doakanlah kepada Allah swt. semoga dihindarkan aku dari bahaya ini."Setelah ibu juraij mendengar permintaan anaknya itu, lalu ibunya pun berdoa kepada Allah swt. supaya anaknya itu dijauhkan dari bahaya itu.Berkata ibu Juraij:"Ya Allah, jika Juraij ini kau hukum kerana doaku itu maka jauhkanlah ia dari bahaya ini."

Setelah Juraij bertemu dengan ibunya, ia pun kembali mengadap raja.Sampai saja di hadapan raja lalu ia berkata:"Di manakah perempuan dan bayi itu?" Apabila raja mendengar pertanyaan Juraij itu maka ia memerintahkan supaya wanita itu datang mengadap bersama bayinya.Raja itu bertanya sekali lagi pada wanita itu:"Benarkah Juraij yang merlakukan perbuatan ini?"Wanita itu sambil mempertahankan kata-katanya menjawab:"Memang benar, Juraij yang melakukan."
Apabila Juraij mendengar pengakuan wanita itu, lalu Juraij menghampiri bayi itu sambil meletakkan tangannya diatas bayi itu dan berkata:"Demi Tuhan yang menjadikan kamu, katakan siapakah ayahmu?"Maka bayi itu pon berkata:"Ayahku sebenarnya ialah Fulan pengembala kambing." Setelah wanita itu mendengar pengakuan bayinya, maka ia pun berkata:"Memang benar apa yang dikatakan oleh bayi itu."

Mendengar pengakuan bayi itu dan ibunya, raja itu pun berkata kepada Juraij:"Maafkan beta Juraij, izinkan beta membina semula tempat ibadat kamu dengan emas."Jawab Juraij:" Tidak perlu dengan emas."
Raja berkata lagi:"Kalau kamu tidak mahu dibina dengan emas biar aku bina dengan perak."Juraij berkata:"Itu pun tidak perlu, tetapi binalah kembali sepertimana asalnya dari bahan yang sama."

Ibrahim dari Muhajirin dan Mujahid berkata:"Tidak ada anak yang dapat berkata-kata ketika bayi kecuali 4:
(1) Isa bin Maryam a.s
(2) Bayi yang disebut dalam riwayat Ashhabul Ukhdud
(3) Bayi dalam riwayat Juraij Arrahib
(4) Bayi yang menjadi saksi terhadap Nabi Yusof a.s. dalam ayat: Wasyahida syaa hidun min anliha (dalam surah Yusuf ayat 3-6)