islam

Sakit Di Hari Raya...

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih lagi boleh menulis di dalam blog saya pada hari raya ini...:)Maklumlah, raya kali ini saya hanya duduk di rumah sahaja kerana kami sekeluarga telah jatuh sakit...demam, selsema dan batuk-batuk...Biasalah, sindrom nak tukar musim...selalu begini...ujian dari Allah...Ceritanya begini...Kami baru balik beraya dari rumah kawan pada hari raya pertama...pada malamnya, suami saya telah berasa tidak sedap badan...keesokannya terus melarat demamnya...selang dua hari...Huzaifah anak kesayangan saya pula jatuh sakit...lagi teruk demamnya daripada suami saya...dengan batuk-batuk dan selsema...Alhamdulillah harini demamnya telah kebah, cuma batuk dan selsema saje tak baik-baik lagi...dan hari ni juga saya pula berasa sakit-sakit tekak dan tidak sedap badan...So, raya ni memang kami tak kemana-mana...tapi, Alhamdulillah kerana sempat juga beraya ke rumah kawan saya pada raya pertama... Doakan kami sekeluarga cepat sembuh...Amin..

1 comments:

~ The Author ~ said...

samalah, demam di hari raya. Dugaan Allah tu.. happy hari raya