islam

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
 
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita
Tanpa mereka, hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan
resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga, namun Adam tetap
merindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun
puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki
Tapi, kalau sendiri tidak lurus…
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
baying-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana
nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, nantinya
mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal
Disitu punca bagi kekuatan dunia
Akal setipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka
akan lihat nilaian dari keadilan Tuhan
Bisikkan ketelinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
bahkan akan membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Apabila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan,
Tapi binalah kepimpinan
Pastika sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNya
Jinakkanlah diri kepada Allah nescaya akan
Jinaklah segala-galanya
Dibawah pimpinanamu
'Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra
andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karam Allah
Wajhah….'
 
 
"Diskusi Fiqh & Persona Wanita"-UKM-
 

4 PERKARA SEBELUM

TIDUR( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

  1. Sebelum khatam Al Qur'an
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

    "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah .... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

    Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

    Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

    Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Di petik dari : zawawitj.blogdrive.com

Diet Mengikut Cara Rasulullah S.A.W


* Jangan makan SUSU + DAGING

* Jangan makan DAGING + IKAN

* Jangan makan IKAN + SUSU

* Jangan makan AYAM + SUSU

* Jangan makan IKAN + TELUR

* Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

* Jangan makan SUSU + CUKA

* Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

* JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH
TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

WANITA PEMBAKAR ROTI


Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar.

Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran."

Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata "Bawa daku kepada anakmu". Setelah Nabi Isa (AS) melihat kanak kanak tersebut sedang bermain main dengan bara api maka beliau berasa amat takjub.

Lebih lebih lagi di celah celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak kanak itu bermain main dengan gembira dengan batu batu permata itu.

Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemulian ini?"

Jawab wanita itu "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.

Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal.

Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti.

Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT."

Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata kata wanita tersebut, maka beliau berkata "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan.

WaNiTa IdaMaN
 
Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir....
 
Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang dimata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Illahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
 
Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
 
Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
 
Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda
 
Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan di belakang hari
 
Sesungguhnya
Wanita yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku ....
 
Jadilah kita... WANITA "Mujahidah" yang diimpikan itu!




Musim Panas Yang Indah...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih lagi diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah yang indah ini. Dua hari lepas saya dan keluarga pergi bersiar-siar di Taman Montazah, Alexandaria Egypt. Tetapi bahangnya masih terasa hingga ke hari ini kerana musim panas pada tahun ini cukup istimewa buat saya dan suami...Kali ini kami tidak habiskan masa musim cuti kami berdua, tetapi dihabiskan bersama dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan kami..iaitu putera sulung kami, Muhammad Huzaifah Rifaie. Kami cukup terhibur dengan gelagat dan keletahnya yang tak henti-henti mencuit hati kami...Hati saya cukup terhibur apabila melihat gelagatnya walaupun kadang-kadang semasa perjalanan terasa sedikit penat...tapi kepenatan itu berbalas apabila melihat kegembiraan di wajah Rifaie...Kenangan yang tidak dapat saya lupakan apabila pertama kali membawa Rifaie masuk ke Taman Montazah, dia cukup takut dengan bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya...lucu kami melihatnya...maybe kerana sebelum ni kami tak pernah membawa dia bersiar-siar kemana-mana...memandangkan sebelum ini adalah musim sejuk dan pada waktu itu dia masih kecil lagi. Thats why la bila dia dah besar kami bercadang nak bawa dia bersiar-siar sekitar tempat kelahirannya sebelum dia di bawa pulang ke Malaysia...Disini beberapa aksi dan keletah Rifaie yang sempat kami lakarkan untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan....


Masalah Jiwa Selepas Bersalin

Bersama:PROF. MADYA DR. SHAH REZA (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital

Universiti Sains Malaysia (HUSM))


KEGEMBIRAAN sanubari ibu mungkin tergugat dengan kelahiran anak yang disayangi.

Ramai ibu baru mengalami perasaan tidak stabil tetapi kebanyakan rungutan ini tidak berkekalan dan masih dapat ditangani.

Ketidaksaksamaan perasaan hati selepas kelahiran dikategorikan pada tiga suasana:

1. Postpartum blues atau bersedih selepas kelahiran - lazim berlaku kepada ramai ibu- ibu baru.

2. Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran (postpartum depression) - teruk sedikit dari kesedihan selepas bersalin.

3. Psikosis selepas kelahiran atau meroyan (postpartum psychosis) - masalah jiwa yang serius dialami sesetengah ibu selepas bersalin.


Penyakit jiwa di kalangan ibu-ibu baru ini selalu dilupakan serta diabaikan. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap tumbesaran serta kelakuan anak-anak kelak.

Penyakit jiwa ini boleh dirawat dan dalam kebanyakan kes, ibu-ibu berkenaan boleh kembali sembuh.

Kesedihan selepas bersalin

(postpartum blues)


Keluhan ini kerap berlaku pada ibu-ibu yang baru bersalin.

Masalah ini mungkin bermula sebaik sahaja kelahiran dan memuncak pada hari keempat ataupun kelima dan berterusan untuk beberapa hari berikutnya.

Kebiasaannya, masalah ini tidak berkekalan dan kembali normal dalam masa dua minggu.

Rungutan serta kesedihan ibu-ibu dengan masalah ini juga tidak mengganggu fungsi mereka sebagai seorang ibu.

Keluhan yang dialami turun naik, kadangkala menangis secara spontan dan juga rasa cemas serta ketakutan.


Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran

(postpartum depression)


Kemurungan ini mengganggu keupayaan ibu dalam penjagaan anaknya.

Perasaan mereka pada bayi juga tidak menentu, sehinggakan mungkin mengalami penekanan jiwa yang boleh membawa kepada mencederakan bayi secara fizikal.

Ibu-ibu yang berisiko adalah mereka yang mempunyai sejarah kemurungan sebelum, semasa dan juga selepas mengandung.

Lazimnya kemurungan berlebihan selepas mengandung ini berlangsung secara perlahan-lahan sepanjang tempoh tiga bulan selepas kelahiran.


Kemurungan ini juga lebih teruk dari kesedihan postpartum blues.

Lazimnya keabnormalan ini datang secara mendadak (sekiranya dibandingkan dengan postpartum blues) dan lebih berkekalan serta banyak kerenah berbanding dengan postpartum blues.

Ibu-ibu ini mungkin menangis tanpa sebab, tidak mampu bergembira walaupun dengan kehadiran bayi, tidak boleh tidur, keletihan, kurang selera makan, dan mungkin mempunyai fikiran untuk membunuh diri.

Selain itu, mereka juga mungkin mempunyai perasaan cemas yang keterlaluan terhadap kesihatan serta keselamatan bayi.


Paling membimbangkan adalah kemungkinan hadirnya perasaan negatif serta ingin mencederakan bayinya, menyebabkan kegagalan ibu dalam penjagaan anak serta dirinya sendiri.

Psikosis postpartum

Masalah ini merupakan peringkat sakit jiwa selepas bersalin yang paling parah serta teruk tetapi keadaan ini jarang berlaku.

Mereka yang berisiko adalah mereka yang mempunyai penyakit keresahan bipolar ataupun pernah mengalami psikosis postpartum selepas bersalin sebelum itu.

Psikosis ini juga datang secara mendadak, mungkin seawal 48 hingga 72 jam selepas kelahiran dan secara amnya berlaku sekitar masa dua minggu selepas kelahiran.


Penyakit ini lebih teruk dari segi rungutan si ibu berbanding dengan dua penyakit sebelum ini.

Ibu-ibu ini mungkin tiba-tiba mempunyai perasaan gembira serta bersedihan secara berulang-ulang.

Mereka juga mungkin mempunyai halusinasi penglihatan serta pendengaran yang boleh membahayakan nyawa ibu serta bayi yang baru dilahirkan.

Kadangkala ibu-ibu dengan masalah ini akan mempunyai delusi yang mengaitkan bayi dengan sesuatu yang tidak masuk akal, seperti bayi itu jelmaan syaitan dan sebagainya.

Ibu-ibu yang menghidapi penyakit ini boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian bayi serta dirinya sendiri.

Mengenali masalah jiwa selepas bersalin

Pengamal serta penjaga kesihatan setempat perlu mempunyai pengamatan teliti terhadap mana-mana ibu-ibu baru di kawasan mereka semasa pemeriksaan susulan kesihatan sama ada ketika lawatan ke rumah ataupun di klinik-klinik.

Jangan menganggap kemurungan ataupun kesedihan ini sebagai implikasi kehadiran insan baru dan ditohmahkan sebagai insiden biasa semata-mata!

Walaupun syukur sekali ramai ibu pulih dalam jangka masa yang pendek, perlu diingat bahawa keabnormalan kelakuan serta pemikiran ini boleh kembali dan mungkin juga berterusan untuk setahun lamanya.


Memang sukar untuk kepastian pengenalan siapa yang mungkin akan mengalami keabnormalan jiwa ini.

Pengamal serta penjaga kesihatan perlu memantau ibu-ibu mengandung serta sejarah kesihatan lampau mereka.

Kadangkala, kelemahan sokongan daripada ahli keluarga juga boleh memebawa kepada penyakit kejiwaan ini.

Ketidakharmonian rumah tangga m
enjadi antara faktor penting yang perlu ditangani.

Keadaan-keadaan lain seperti kematian ahli keluarga terdekat, kesusahan kewangan dan juga akibat dari kehilangan upaya seperti kehilangan kerja mungkin meninggalkan kesan kepada ibu berkenaan.

Dengan kata lain, mana-mana acara kehidupan yang menzalimi kehidupan seorang ibu baru mampu mencetuskan penyakit kejiwaan ini.


Rawatan

Ibu-ibu ini perlu dirawat di hospital sementara penyakit-penyakit fizikal lain akan memerlukan ujian lanjut.

Darah akan diambil untuk melihat apa-apa kelainan yang mungkin berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

Lazimnya doktor-doktor yang pakar dalam bidang psikiatri akan melibatkan diri dalam merawat ibu-ibu yang malang ini.

Sekiranya ubat-ubatan diberikan, doktor akan menasihati ibu-ibu ini mengenai kemungkinan kesan sampingan ubat yang digunakan pada kandungan susu badan dan akan menasihatkan mereka untuk tidak menyusu buat sementara waktu.

Ibu-ibu ini juga mungkin akan dirawat semasa mengandung lagi sekiranya mereka diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dengan pemberian ubat antikemurungan dimulakan sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Dalam pada itu, penyakit kejiwaan ini turut berkemungkinan akan mengganggu hubungan antara ibu dan anak.

Anak-anak daripada ibu yang mengalami keabnormalan serta penyakit kejiwaan ini berisiko untuk mengalami keabnormalan kelakuan serta perangai.


Kesukaran tidur, kurang selera makan, terlampau aktif, mempunyai ledakan kemarahan berapi secara tiba-tiba dan masalah dari segi pergaulan sosial menjadi contoh masalah yang mungkin dihadapi anak yang berkaitan dengan keadaan jiwa ibu.

Anak-anak ini juga mungkin sedikit lambat dari segi fungsi kognitif badan sementara emosi mereka juga mungkin berlainan daripada biasa dan juga kelainan dari segi sosial.

Insiden kemurungan di kalangan anak-anak ini juga berkemungkinan akan meningkat.

Akhir sekali, mereka yang terdekat seperti suami, mentua dan adik-beradik mampu mengenali masalah ibu-ibu baru ini melalui sebarang perubahan yang berlaku.

Sokongan-sokongan mereka yang rapat dengan pesakit juga dapat membantu mereka pulih daripada masalah jiwa selepas bersalin




Assalammualaikum warrahmatullahi wa barakatuh...

        Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang dulu kini dan selamanya kita panjatkan kesykuran padaNYA yang memiliki keagongan dan kemuliaan. Selawat dan salam keatas junjungan besar penghulu segala nabi kekasih Allah SWT Muhammad Rasulullah SAW serta kaum keluarga baginda, sahabat-sahabat, TAbi'in, tabi' tabi'in dan kaum muslimin seluruhnya.

        Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahNYA dapatlah saya mencoret sepatah dua kata di dalam blog saya ini.Alhamdulillah...syukur sekali lagi Kehadrat Allah SWT kerana berkat dan pertolonganNYA, suamiku telah Najah dalam Imtihan Syahadahnya baru-baru ini. Akulah orang pertama yang begitu gembira apabila diberitahu oleh suamiku bahawa dia telah sofi dalam imtihan syahadahnya...u know what??Sebelum suamiku bertolak ke Syubra untuk melihat sendiri natijahnya...he said that he did not confident yang dia akan najah dalam imtihannya...he so afraid bcoz klo dia failed in his exam...he did not know what to do n how to explain pada family dia...So sebagai seorang isteri, kawan, sahabat....aku berjaya yakinkan dia bahawa Insyallah dia pasti najah dalam imtihan syahadahnya, memandangkan kepada usaha dia selama ini. Walaupun kadang-kadang suamiku terpaksa membahagikan masa mengulangkajinya dengan anak kesayangan kami Huzaifah, menolong aku membuat kerja2 dirumah dan sebagainya, tapi dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan hamba Allah. Apa yang penting sekarang ni, kita dah usaha. So yang tinggal hanyalah doa, ikhtiar dan tawakkal.Banyakkan berserah pada Allah...Dialah Maha Berkuasa keatas segala-galanya dan kepada Dialah tempat kita mengadu...


      


KISAH NABI UZAIR



Allah SWT berfirman:

"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: 'Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?', maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: 'Berapa lama hamu tinggal di sini ?' Ia menjawab: 'Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.' Allah berfirman: 'Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratns tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah; dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang-belulang): Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang-belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: 'Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.'" (QS. al-Baqarah: 259)

Yang populer menurut kaum salaf dan kaum khalaf bahwa Uzair adalah pahlawan dalam kisah ini yang diceritakan oleh Allah SWT. Dikatakan bahwa Uzair adalah seorang Nabi dari nabi-nabi Bani Israil. Dia-lah yang menjaga Taurat, lalu terjadilah peristiwa yang sangat mengagumkan padanya. Allah SWT telah mematikannya selama seratus tahun kemudian ia dibangkitkan kembali. Selama Uzair tidur satu abad penuh, terjadilah peperangan yang didalangi oleh Bakhtansir di mana ia membakar Taurat. Tidak ada sesuatu pun yang tersisa kecuali yang dijaga oleh kaum lelaki. Mukjizat yang terjadi pada Nabi Uzair adalah sumber fitnah yang luar biasa di tengah kaumnya.

Pada suatu hari, tampak bahwa cuaca sangat panas dan segala sesuatu merasa kehausan. Sementara itu, desa yang ditinggali oleh Uzair hari itu tampak tenang karena sedang melalui musim panas di mana sedikit sekali aktifitas di dalamnya. Uzair berpikir bahwa kebunnya butuh untuk diairi. Kebun itu cukup jauh dan jalan menuju ke sana sangat berat dan disela-selai dengan kuburan. Sebelumnya, tempat itu adalah kota yang indah dan ramai di mana penghuninya cukup asyik tinggal di dalamnya lalu ia menjadi kota mati.

Uzair berpikir dalam hatinya bahwa pohon-pohon di kebunnya pasti merasakan kehausan lalu ia menetapkan untuk pergi memberinya minum. Hamba yang saleh dan salah seorang nabi dari Bani Israil ini pergi dari desanya. Matahari tampak masih baru memasuki waktu siang. Uzair menunggang keledainya dan memulai perjalanannya. Beliau tetap berjalan hingga sampai di kebun. Beliau mengetahui bahwa pohon-pohonnya tampak kehausan dan tanahnya tampak terbelah dan kering. Uzair menyirami kebunya dan ia memetik dari kebun itu buah tin (sebagian buah tin) dan mengambil pohon anggur. Beliau meletakkan buah tin di satu keranjang dan meletakkan buah anggur di keranjang yang lain. Kemudian ia kembali dari kebun sehingga keledai yang dibawanya berjalan di tengah-tengah terik matahari.

Di tengah-tengah perjalanan, Uzair berpikir tentang tugasya yang harus dilakukan besok. Tugas pertama yang harus dilakukannya adalah mengeluarkan Taurat dari tempat persembunyiannya dan meletakkannya di tempat ibadah. Beliau berpikir untuk membawa makanan dan mernikirkan tentang anaknya yang masih kecil, di mana beliau teringat oleh senyumannya yang manis, dan beliau pun terus berjalan dan semakin cepat. Beliau menginginkan keledainya untuk berjalan lebih cepat.

Lalu Uzair sampai di suatu kuburan. Udara panas saat itu semakin menyengat dan keledai tampak kepayahan. Tubuhnya diselimuti dengan keringat yang tampak menyala karena tertimpa sinar matahari. Keledai itu pun mulai memperlambat langkahnya ketika sampai di kuburan. Uzair berkata kepada dirinya: Mungkin aku lebih baik berhenti sebentar untuk beristirahat, dan aku akan mengistirahatkan keledai. Lalu aku akan makan siang. Uzair turun dari keledainya di salah satu kuburan yang rusak dan sepi. Semua desa itu menjadi kuburan yang hancur dan sunyi. Uzair mengeluarkan piring yang dibawanya dan duduk di suatu naungan. Ia mengikat keledai di suatu dinding, lalu ia mengeluarkan sebagian roti kering dan menaruhnya di sampingnya. Selanjutnya, ia memeras di piringnya anggur dan meletakkan roti yang kering itu di bawah perasan anggur. Uzair menyandarkan punggungnya di dinding dan agak menjulurkan kakinya. Uzair menunggu sampai roti itu tidak kering dan tidak keras. Kemudian Uzair mulai mengamati keadaan di sekelilinginya dan tampak keheningan dan kehancuran meliputi tempat itu: rumah-rumah hancur berantakan dan tampak tiang-tiang pun akan hancur, pohon-pohon sedikit saja terdapat di tempat itu yang tampak akan mati karena kehausan, tulang-tulang yang mati yang dikuburkan di sana berubah menjadi tanah. Alhasil, keheningan menyeliputi tempat itu. Uzair merasakan betapa kerasnya kehancuran di situ dan ia bertanya dalam dirinya sendiri: bagaimana Allah SWT menghidupkan semua ini setelah kematiannya? "Bagaimana Allah menghidupkan hembali negm ini setelah hancur?"

Uzair bertanya: bagaimana Allah SWT menghidupkan tulang-tulang ini setelah kematiannya, di mana ia berubah menjadi sesuatu yang menyerupai tanah. Uzair tidak meragukan bahwa Allah SWT mampu menghidupkan tulang-tulang ini, tetapi ia mengatakan yang demikian itu karena rasa heran dan kekaguman. Belum lama Uzair merigatakan kalimatnya itu sehingga ia mati. Allah SWT mengutus malaikat maut padanya lalu rohnya dicabut sementara keledai yang dibawanya masih ada di tempatnya ketika melihat tuannya sudah tidak lagi berdaya. Keledai itu tetap di tempatnya sehingga matahari tenggelam lalu datanglah waktu Subuh. Keledai berusaha berpindah dari tempatnya tetapi ia terikat. Ia pun masih ada di tempatnya dan tidak bisa melepaskan ikatannya sehingga ia mati kelaparan.

Kemudian penduduk desa Uzair merasa gelisah dan mereka ramai-ramai mencari Uzair di kebunnya, tetapi di sana mereka tidak menemukannya. Mereka kembali ke desa dan tidak menemukannya. Lalu mereka menetapkan beberapa kelompok untuk mencarinya. Akhirnya, kelompok-kelompok ini mencari ke segala penjuru tetapi mereka tidak menemukan Uzair dan tidak menemukan keledainya. Kelompok-kelompok ini melewati kuburan yang di situ Uzair meninggal, namun mereka tidak berhenti di situ. Tampak bahwa di tempat itu hanya diliputi keheningan. Seandainya Uzair ada di sana niscaya mereka akan mendengar suaranya. Kemudian kuburan yang hancur ini sangat menakutkan bagi mereka, karena itu mereka tidak mencari di dalamnya.

Lalu berlalulah hari demi hari, dan orang-orang putus asa dari mencari Uzair, dan anak-anaknya merasa bahwa mereka tidak akan melihat Uzair kedua kalinya dan istrinya mengetahui bahwa Uzair tidak mampu lagi memelihara anaknya dan menuangkan rasa cintanya kepada mereka sehingga istrinya itu menangis lama sekali. Sesuai dengan perjalanan waktu, maka air mata pun menjadi kering dan penderitaan makin berkurang. Akhirnya, manusia mulai melupakan Uzair dan mereka tetap menjalankan tugas mereka masing-masing. Dan berjalanlah tahun demi tahun dan masyarakat mulai melupakan Uzair kecuali anaknya yang paling kecil dan seorang wanita yang bekerja di rumah mereka di mana Uzair sangat cinta kepadanya. Usia wanita itu dua puluh tahun ketika Uzair keluar dari desa.

Berlalulah sepuluh tahun, dua puluh tahun, delapan puluh tahun, sembilan puluh tahun sehingga sampai satu abad penuh. Allah SWT berkehendak untuk membangkitkan Uzair kembali. Allah SWT mengutus seorang malaikat yang meletakkan cahaya pada hati Uzair sehingga ia melihat bagaimana Allah SWT menghidupkan orang-orang mati. Uzair telah mati selama seratus tahun. Meskipun demikian, ia dapat berubah dari tanah menjadi tulang, menjadi daging, dan kemudian menjadi kulit. Allah SWT membangkitkan di dalamnya kehidupan dengan perintah-Nya sehingga ia mampu bangkit dan duduk di tempatnya dan memperhatikan dengan kedua matanya apa yang terjadi di sekelilingnya.

Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahwa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib. Malaikat yang diutus oleh Allah SWT membangunkannya dan bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?"

Malaikat bertanya kepadanya: "Berapa jam engkau tidur?" Uzair menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari." Malaikat vang mulia itu berkata kepadanya: "Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. " Engkau tidur selama seratus tahun. Allah SWT mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawaban dari pertanyaannmu ketika engkau merasa heran dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati. Uzair merasakan keheranan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: "Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah."

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur. Uzair merasakan keheranan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahwa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. Karena itu, malaikat menunjuk keledainya sambil berkata: "Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang-belulang)."

Uzair pun melihat ke keledainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keledainya. Malaikat berkata kepadanya: "Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah SWT membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu." Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keledai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintakan otot-otot syaraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keledai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keledai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keledai itu kembali kepadanya dan keledai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah SWT yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

Uzair bangkit dan menunggangi keledainya menuju desanya. Allah SWT berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

Uzair berkata dalam dirinya: Aku akan mencari seorang lelaki tua atau perempuan tua yang masih mengingat aku. Uzair terus mencari sehingga ia menemukan pembantunya yang ditinggalnya saat berusia dua puluh tahun. Kini, usia pembantu itu mencapai seratus dua puluh tahun di mana kekuatannya sudah sangat merosot dan giginya sudah ompong dan matanya sudah lemah. Uzair bertanya kepadanya: "Wahai perempuan yang baik, di mana rumah Uzair." Wanita itu menangis dan berkata: "Tak seorang pun vang mengingatnya. Ia telah keluar sejak seratus tahun dan tidak kembali lagi. Semoga Allah SWT merahmatinya." Uzair berkata kepada wanita itu: "Sungguh aku adalah Uzair. Tidakkah engkau mengenal aku? Allah SWT telah mematikan aku selama seratus tahun dan telah membangkitkan aku dari kematian." wanita itu keheranan dan tidak mempercayai omongan itu. Wanita itu berkata: "Uzair adalah seseorang yang doanya dikabulkan. Kalau kamu memang Uzair, maka berdoalah kepada Allah SWT agar aku dapat melihat sehingga aku dapat berjalan dan mengenalmu." Lalu Uzair berdoa untuk wanita itu sehingga Allah SWT mengembalikan penglihatan matanya dan kekuatannya. Wanita itu pun mengenali Uzair. Lalu ia segera berlari di negeri itu dan berteriak: "Sungguh Uzair telah kembali." Mendengar teriakan wanita itu, masyarakat bingung dan merasa heran. Mereka mengira bahwa wanita itu telah gila.

Kemudian diadakan pertemuan yang dihadiri orang-orang pandai dan para ulama. Dalam majelis itu juga dihadiri oleh cucu Uzair di mana ayahnya telah meninggal dan si cucu itu telah berusia tujuh puluh tahun sedangkan kakeknya, Uzair, masih berusia empat puluh tahun. Di majelis itu mereka rnendengarkan kisah Uzair lalu mereka tidak mengetahui apakah mereka akan mempercayainya atau mengingkarinya. Salah seorang yang pandai bertanya kepada Uzair: "Kami mendengar dari ayah-ayah kami dan kakek-kakek kami bahwa Uzair adalah seorang Nabi dan ia mampu menghafal Taurat. Sungguh Taurat telah hilang dari kita dalam peperangan Bukhtunnashr di mana mereka membakarnya dan membunuh para ulama dan para pembaca Kitab suci itu. Ini terjadi seratus tahun lalu yang engkau katakan bahwa engkau menjalani kematian atau engkau tidur. Seandainya engkau menghafal Taurat, niscaya kami akan percaya bahwa engkau adalah Uzair."

Uzair mengetahui bahwa tak seorang pun dari Bani Israil yang mampu menghafal Taurat. Uzair telah menyembunyikan Taurat itu dari usaha musuh untuk menghancurkannya. Uzair duduk di bawah naungan pohon sedangkan Bani Israil berada di sekitarnya. Lalu Uzair menghapusnya huruf demi huruf sampai selesai lalu ia berkata dalam dirinya: Aku sekarang akan mengeluarkan Taurat yang telah aku simpan. Uzair pergi ke suatu tempat lalu ia mengeluarkan Taurat di mana kertas yang terisi Taurat itu telah rusak. Ia mengetahui mengapa Allah SWT mematikannya selama seratus tahun dan membangkitkannya kembali. Kemudian tersebarlah berita tentang mukjizat Uzair di tengah-tengah Bani Israil. Mukjizat tersebut membawa fitnah yang besar bagi kaumnya. Sebagian kaumnya mengklaim bahwa Uzair adalah anak Allah. Allah SWT berfirman:

"Orang-orang Yahudi berkata: 'Uzair adalah anak Allah.'" (QS. al-Baqarah: 30)

Mula-mula mereka membandingkan antara Musa dan Uzair dan mereka berkata: "Musa tidak mampu mendatangkan Taurat kepada kita kecuali di dalam kitab sedangkan Uzair mampu mendatangkannya tanpa melalui kitab." Setelah perbandingan yang salah ini, mereka menyimpulkan sesuatu yang keliru di mana mereka menisbatkan kepada nabi mereka hal yang sangat tidak benar. Mereka mengklaim bahwa dia adalah anak Tuhan. Maha Suci Allah dari semua itu:

"Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia." (QS. Maryam: 35)


PELIHARA AKAL, JAUHI GEJALA YANG BOLEH MEROSAKKANNYA


MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, dikurniakan-Nya akal untuk membezakan manusia dengan haiwan. Dengan akal, manusia dapat membezakan mana baik dan buruk, mana halal mana haram. Untuk kehidupan yang sempurna dan teratur, akal sangat-sangat memainkan peranan penting, oleh itu akal perlu dijaga dengan sebaik-baiknya dan jangan dirosakkan.


Untuk menunjukkan betapa pentingnya akal itu kepada manusia, maka di dalam Al-Qur'an telah menyebutkan perkataan akal itu tidak kurang dari 49 kali. Ini bererti akal itu amat perlu bagi manusia untuk memikirkan segala apa yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 219, tafsirnya :


"Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir."


Dalam usaha menjaga akal itu daripada rosak dan menghadapi gangguan, maka agama Islam mengharamkan segala perkara yang boleh mengganggu atau merosakkan fungsi akal seperti meminum arak, menyalahgunakan dadah dan segala benda yang memabukkan.


Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat segelintir manusia tidak menghargai anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang amat berharga itu, merosakkannya dengan dadah secara sengaja tanpa memikirkan akibat perbuatan yang dilakukan walaupun telah mengetahui dadah itu sangat membahayakan. Ini akibatnya jika akal tidak dimanfaatkan dengan betul. Kalau manusia hilang akal, maka pada ketika itu manusia akan menjadi seperti haiwan. Perbuatan ini bererti mencampakkan diri ke arah kebinasaan secara sengaja, sedangkan perkara ini dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana
firman-Nya dalam Surah Al Baqarah ayat 195, tafsirnya:


"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."


Ketahuilah wahai kaum Muslimin, bahawa penyalahgunaan dadah itu boleh menghilangkan akal yang sihat. Orang yang mengambil bahan-bahan ini akan keluar dari tabiat yang sebenarnya kerana akalnya sudah terganggu sehingga yang jauh menjadi dekat dan yang dekat menjadi jauh, dapat membuat akal menjadi lupa, tenggelam dalam khayalan dan lamunan yang bukan-bukan. Yang lebih teruk lagi, mereka akan lupa diri, lupa agama dan lupa dunia. Ingatlah bahawa dadah itu mempunyai pengaruh yang lebih besar dan lebih berbahaya daripada minuman keras dan sudah sewajarnya orang yang terlibat dengan dadah ini dikenakan hukuman dengan seberat-beratnya.


Ada orang mengatakan dadah itu boleh memberi ketenangan, menyelesaikan masalah, menghilangkan rasa malu, menambahkan dan meningkatkan prestasi. Menghilangkan rasa bosan dan sebagainya. Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah tidak benar dan tidak berasas, tetapi jika dikatakan dadah itu membawa masalah, itulah sebenarnya, kerana ia punca masalah seperti menyebabkan kemiskinan, harta benda habis dijual, keganasan terjadi di dalam rumah tangga, keluarga menjadi porak-peranda, pecah amanah, menipu dan susah dipercayai, selalu meminjam wang kepada rakan-rakan sejawat, mencuri barang-barang yang boleh dijual, menimbulkan huru-hara dan ketakutan dalam masyarakat, terjadinya kejadian rompakan dan peras ugut, tidak kurang juga berlakunya pembunuhan, ada penagih yang sanggup membunuh ibu bapa, isteri, anak, tanpa memperdulikan mereka itu keluarganya sendiri bahkan sesiapa saja.


Selain itu, gejala penagihan dadah mendatangkan risiko kepada negara kerana dibebani perbelanjaan rawatan dan pemulihan yang begitu besar. Dan yang paling mengkhuatirkan, negara akan kehilangan aset yang diharap-harapkan selaku generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara.


Bersabit dengan masalah dadah ini, ada pula yang menyatakan dadah itu tidak haram kerana tidak disebutkan di dalam Al-Qur'an dan hadis sebagaimana hukum meminum arak. Tetapi perlulah difahami, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, maksudnya:


"Daripada Ibnu Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Semua yang memabukkan itu adalah termasuk dalam erti kata arak dan semua yang memabukkan itu adalah haram." (Riwayat Al Imam Muslim).


Dari hadis tersebut dapatlah difahami bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram, oleh kerana penyalahgunaan dadah itu juga memabukkan dan mengkhayalkan, maka hukumnya juga haram samalah seperti arak.


Bersempena dengan sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Dadah Haram 2008 ini, maka semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu, tidak hanya memandang sebelah mata dalam usaha membanteras gejala ini, demi mencapai hasrat negara dalam ASEAN Bebas Dadah pada tahun 2015 menjadi realiti. Sama-samalah kita berdoa semoga rakyat dan penduduk negara ini selamat dan terhindar dari bahaya dadah dan apa jua perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6, tafsirnya:


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dipetik dari: Pelita Brunei- Khutbah


BOLEHKAH ISTERI MENUNTUT HAKNYA?


Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan, terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka. Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.


Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya. Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.


Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin. Bagi si isteri pula wajib mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Malah si isteri tidak boleh memaksa suami untuk mengadakan sesuatu yang di luar kemampuannya. Sekiranya isteri redha menerima apa saja pemberian suami, dalam pada itu tetap melaksanakan haknya kepada suami, tidak mengecilkan hati suami, maka ia tergolong sebagai wanita yang baik.


Sekiranya si suami memang ada harta, tetapi sengaja membiarkan isteri di dalam kesusahan dan melebihi isterinya yang lain (tidak adil jika hidup bermadu), itu dikira suatu penganiayaan.


Namun seorang isteri tidaklah boleh memarahi suami kerana ianya dikira derhaka. Jalan sebaiknya, berterus-teranglah dengan suami dan berbincang dari hati ke hati di dalam suasana baik dan penuh kasih sayang, bukannya dalam keadaan tegang yang boleh mencetuskan pertengkaran. Ataupun mintalah orang yang disegani atau yang rapat dengan suami anda, untuk mengingatkannya akan kewajipannya itu. Jika tidak berubah juga hendaklah bersabar dan berdoa dan mengadulah kepada Allah swt, minta Allah lembutkan hati suami anda. Yakinlah, setiap diri adalah di dalam kekuasaan Allah dan Allahlah yang berkuasa mengubah hati seseorang. Jika perlu, buatlah pengaduan ke pejabat kadi untuk menyelesaikannya.

Mengenai hak kasih sayang dan hubungan seks, sekiranya isteri tidak puas, seelok-eloknya berterus-terang dengan suami, supaya dia dapat memperbaiki diri dan membuat perubahan. Berbincanglah dengan penuh hikmah dan terangkan kepada suami bahawa dengan ketidakpuasan seorang isteri itu akan menimbulkan berbagai-bagai perkara buruk kepada rumahtangga. Antaranya, apabila nafsu seks tidak terpenuh, isteri akan mudah berang, rasa benci pada suami, tidak dapat menguruskan suami dan rumahtangga, susah untuk senyum dengan suami, bermasam muka dengan suami dan lain-lain kederhakaan lagi. Dan sekiranya nafsu itu dapat dipenuhi barulah isteri berasa ringan dan tenang malah gembira untuk berkhidmat dengan suami. Ini adalah fitrah semulajadi perempuan. Dalam syariat juga menyuruh para suami mempertimbangkan akan hal ini.


Jangan dibentak-bentak suami dan melepaskan geram kita dengan kata-kata yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaannya. Cubalah pilih perkataan yang baik-baik dan terangkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang, insyaAllah mudah-mudahan dia akan sedar, kerana kadang-kadang ada suami yang tidak faham akan perasaan perempuan dalam hal ini.


Isteri juga cubalah usahakan dengan sembahyang hajat dan berdoa selalu serta mengadu kepada Allah agar membantu si isteri. Supaya Allah lembutkan hati suami dan membantunya menuju keredhaan Allah, supaya si isteri tetap sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang.


Pokoknya biarlah isteri sentiasa di dalam keredhaan suami, kerana di situlah keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw:

“Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga.”


Setiap tindak-tanduk kita semuanya di dalam pemerhatian Allah, begitu juga hati. Jadi awaslah, jika terdetik rasa hendak marahkan suami, ingatlah nikmat-nikmat yang pernah diberikan oleh suami dahulu. Ingatkanlah segala kebaikannya dan cuba lupakan kejahatannya. Sekiranya datang rasa tidak puas hati dengan suami kerana tidak sempurna makan minum, pakaian, tempat tinggi, kasih sayang dan hubungan seks atau seumpamanya ingatlah semuanya daripada Allah dan kita patut menerimanya dengan lapang dada. Namun begitu berusahalah untuk menyelesaikannya di samping berdoa mengharap bantuan Allah.


Hanya akhlak yang mulia dapat melunakkan hati yang keras. Oleh itu sentiasalah berakhlak mulia, seperti tawadhuk dan merendah diri kepada suami. Anggaplah segala kesusahan itu sebagai pengajaran dari Allah terhadap dosa-dosa kita samada dosa terhadap Allah atau dosa sesama manusia lebih-lebih lagi dosa kepada suami. InsyaAllah jika isteri itu berakhlak mulia, lambat-laun hati suami yang keras akan lembut dan insaf. Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang baik, beriman, berakhlak dan bertakwa. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga?”


Jawab para sahabat: “Bahkan kami suka.”
Sabda Rasulullah:


Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila dimarahi suaminya ia menyerah dirinya untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya).”


Dipetik dari: Dr_Ikmal Online


KISAH NABI SALEH

Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebagian pria dan matilah sebagian yang lain. Setelah kaum 'Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi-lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala kemudian Allah SWT mengutus Nabi Saleh kepada mereka. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 61)

Kalimat yang sama yang disampaikan oleh setiap nabi, dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Saleh terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahwa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang berarti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah SWT.

Dakwah Nabi Saleh cukup menggoncangkan masyarakat. Nabi Saleh terkenal dengan kejujuran dan kebaikan. Kaumnya sangat menghormatinya sebelum Allah SWT mengutusnya dan memberikan wahyu padanya untuk berdakwah kepada mereka. Kaum Nabi Saleh berkata:

"Hai Saleh, sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami? Dan sesung­guhnya kami betul-betul dalam keraguan yang mengelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami. " (QS. Hud: 62)

Renungkanlah bagaimana pandangan orang-orang kafir dari kaum Nabi Saleh: "Sesungguhnya engkau sangat kami harapkan karena kaluasan ilmumu, kematangan akalmu, kejujuranmu dan kebaikanmu. Kemudian hilanglah harapan kami terhadapmu. Apakah engkau akan melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh kakek-kakek kami. Alangkah celakanya! Kami tidak berharap engkau mencela tuhan-tuhan kami yang kami mendapati orang tua-orang tua kami menyembahnya."

Demikianlah kaum Nabi Saleh merasa bingung di hadapan kebenaran dan mereka heran terhadap saudara mereka Saleh yang mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Mengapa? Karena mereka tidak memiliki alasan dan pemikiran yang benar. Mereka hanya beralasan bahwa kakek-kakek mereka menyembah tuhan-tuhan ini. Demikianlah taklid yang menyebabkan manusia ter-jerumus dalam kesesatan. Dan Nabi datang untuk menghilangkan taklid buta ini. Akidah tauhid disebarkan sebagai dakwah untuk membebaskan pikiran dari segala belenggu, yaitu suatu dakwah yang membebaskan akal manusia dari belenggu taklid, khurafat orang-orang dulu, dan khayalan tradisi yang mapan. Inilah dakwah tauhid yang menyuarakan kebebasan akal dan segala bentuk kebebasan lainnya.

Dakwah tersebut tidak akan ditentang kecuali oleh orang-orang yang akalnya terpasung oleh pemikiran orang-orang dulu dan khayalan orang-orang tua. Meskipun dakwah Nabi Saleh disampaikan dengan penuh ketulusan, namun kaumnya tidak mempercayainya. Mereka justru meragukan dakwahnya. Mereka mengira bahwa Nabi Saleh tersihir. Mereka meminta kepadanya agar ia mendatangkan mukjizat ynag membuktikan bahwa ia memang utusan Allah SWT. Allah SWT berkehendak untuk mengabulkan permintaan mereka. Kaum Tsamud mengukir rumah-rumah besar dari gunung. Mereka menggunakan batu-batu besar untuk membangun. Mereka adalah orang-orang yang kuat yang Allah SWT membuka pintu rezeki bagi mereka dari segala hal. Mereka datang setelah kaum 'Ad lalu mereka tinggal di bumi dan memakmurkannya. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya ketika mereka meminta mukjizat kepadanya:

"Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat." (QS. Hud: 64)

Yang dimaksud ayat dalam surah tersebut adalah mukjizat. Diriwayatkan bahwa unta itu merupakan mukjizat karena batu gunung pada suatu hari terpecah dan keluar darinya unta, dan keluar di belakangnya anaknya yang kecil. la lahir melalui cara yang tidak umum dalam proses kelahiran. Diriwayatkan juga bahwa ia merupakan mukjizat karena ia minum air yang terdapat di sumur-sumur pada suatu hari lalu binatang-binatang yang lain tidak berani mendekati air itu pada hari tersebut. Ada riwayat lain mengatakan bahwa ia merupakan mukjizat karena ia mengeluarkan susu yang mencukupi untuk dipakai minum oleh seluruh manusia di hari di mana ia minum seluruh air sehingga tidak ada sedikit pun yang tersisa darinya. Unta ini merupakan mukjizat di mana Allah SWT menyifatinya dengan sebutan: "naqatullah" (unta Allah). Itu berarti bahwa unta tersebut bukan unta biasa, namun ia merupakkan mukjizat dari Allah SWT. Allah SWT menurunkan perintah kepada Nabi Saleh agar beliau melarang kaumnya untuk mengganggunya atau membunuhnya. Beliau memerintahkan mereka untuk membiarkannya, makan di bumi Allah SWT dan tidak menyakitinya. Beliau mengingatkan mereka bahwa ketika mereka mencoba untuk mengganggunya, maka mereka akan mendapatkan siksaan dalam waktu dekat.

Mula-mula kaum Tsamud sangat terheran-heran ketika melihat unta lahir dari batu-batuan gunung. Ia adalah unta yang diberkati di mana susunya cukup untuk ribuan laki-laki, wanita, dan anak-anak kecil. Jika unta itu tidur di suatu tempat, maka binatang-binatang lain akan menyingkir darinya. Jelas sekali ia bukan unta biasa, namun ia merupakan tanda-tanda kebesaran dari Allah SWT. Unta itu hidup di tengah-tengah kaum Nabi Saleh. Berimanlah orang-orang yang beriman di antara mereka dan sebagian besar mereka tetap berada dalam penentangan dan kekafiran. Kebencian terhadap Nabi Saleh berubah menjadi kebencian kepada unta yang diberkati itu. Mulailah mereka membikin persekongkolan untuk melawan unta itu. Orang-orang kafir sangat membenci mukjizat yang agung ini dan mereka membuat rencana jahat untuk melenyapkannya. Sebagaimana biasanya, para tokoh-tokoh kaumnya berkumpul untuk membuat, makar. Allah SWT berfirman:

"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata: 'Hat kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih. Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah;, maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: 'Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya ?' Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu yang Saleh diutus untuk menyampaikannya.' Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu." (QS. al-AVaf: 73-76)

Nabi Saleh menyeru kaumnya dengan penuh kasih sayang dan cinta. Beliau mengajak mereka untuk hanya menyembah Allah SWT dan mengingatkan mereka bahwa Allah SWT telah mengeluarkan mukjizat bagi mereka, yaitu unta. Mukjizat itu sebagai bukti akan kebenaran dakwahnya. Beliau memohon kepada mereka agar mereka membiarkan unta itu memakan dari hasil bumi, dan setiap bumi adalah bumi Allah SWT. Beliau juga mengingatkan mereka agar jangan sampai mengganggunya karena yang demikian itu dikhawatirkan akan mendatangkan azab bagi mereka. Bahkan beliau mengingatkan mereka dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang turun kepada mereka: "Bagaimana Dia menjadikan mereka penguasa-penguasa yang datang setelah kaum 'Ad, bagaimana Dia memberi mereka istana dan gunung-gunung yang terukir serta berbagai kenikmatan dan kekuatan."

Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Saleh namun kaumnya justru menjawabnya dengan jawaban yang aneh. Mereka tidak menghiraukan nasihat Nabi mereka. Mereka menemui orang-orang yang beriman kepada Nabi Saleh. Mereka bertanya dengan pertanyaan yang tujuan untuk merendahkan dan mengejek: "Apakah kalian mengetahui bahwa Saleh seseorang yang diutus dari Tuhan­nya?" Pertanyaan ini tidak pantas dikemukakan setelah mereka melihat mukjizat unta. Alhasil, mereka merendahkan pengikut Nabi Saleh dan mengejeknya.

Sekelompok kecil yang beriman kepada Nabi Saleh berkata: "Sesungguhnya kami percaya dengan apa yang dibawa oleh Nabi Saleh." Perhatikanlah jawaban orang-orang mukmin. Jawaban terse­but sangat bertentangan dengan jawaban para pembesar dari kaum Nabi Saleh. Para pembesar itu justru meragukan kenabian Saleh sedangkan orang-orang mukmin itu menegaskan kepercayaan mereka terhadap kebenaran yang dibawa oleh Nabi Saleh.

Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Saleh tidak berhubungan dengan unta itu, namun berhubungan dengan dakwahnya dan ajarannya. Mereka mengatakan: "Kami mengimani apa yang dibawa oleh Nabi Saleh," dan mereka tidak mengatakan: "Kami beriman kepada untanya." Mereka tidak mengatakan bahwa unta itu yang menetapkan kenabian Saleh. Orang-orang mukmin lebih memper­hatikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Saleh, bukan memperhatikan mukjizat yang luar biasa itu. Melalui dialog tersebut kita dapat melihat sikap orang-orang kafir di mana mereka justru merasa mulia dengan penentangan terhadap kebenaran: "Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. "

Demikianlah penghinaan mereka, kesombongan mereka, dan kemarahan mereka. Rasa-rasanya sia-sia untuk mencari dalil yang dapat memuaskan orang-orang kafir saat berdialog dengan mereka. Mereka selalu menolak kebenaran, padahal mereka orang-orang yang merdeka dalam memilih kebenaran itu.

Malam mulai menyelimuti kota Tsamud. Gunung-gunung yang kokoh menjulang dan melindungi rumah-rumah yang terukir di dalamnya. Dinyalakanlah lampu-lampu dalam istana yang terukir di gunung itu. Gelas-gelas minuman diputarkan di antara mereka. Tidak ada seorang pun dari tokoh-tokoh kaum yang tidak hadir dipertemuan penting itu. Dimulailah pertemuan dan terjadilah dia­log. Salah seorang kaflr berkata:

"Bagaimana kita akan mengikuti saja seorang manusia (biasa) di antara kita? Sesungguhnya kalau kita begitu benar-benar dalam keadaan sesat dan gila. " (QS. al-Qamar: 24)
Sementara yang lain menjawab:

"Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong. " (OS. al-Oamar: 25)

Gelas-gelas minuman kembali diputar di antara mereka, dan pembicaraan beralih dari Saleh ke unta Allah SWT. Salah seorang kafir berkata: "Jika datang musim panas, maka unta itu mendatangi lembah yang dingin sehingga binatang-binatang ternak yang lain lari darinya dan kepanasan." Seorang kafir lagi berkata: "Jika datang musim dingin unta itu mencari tempat penghangat, lalu ia istirahat di situ sehingga binatang-binatang ternak kita lari darinya dan menuju tempat yang dingin sehingga terancam kematian."

Gelas-gelas minuman kembali diputar dan bergoyang di tangan orang-orang yang meminum. Salah seorang yang duduk memerintahkan agar perempuan yang menyanyi berhenti dari nyanyiannya karena ia sedang berpikir. Kemudian kesunyian menghantui segala penjuru. Orang itu mulai berpikir sambil meminum dua gelas minuman keras, dan dengan suara pelan ia berkata: "Hanya ada satu cara." Orang-orang yang duduk di sekitarnya bertanya: "Bagaimana jalan keluarnya?" Tokoh mereka berkata: "Kita harus melenyapkan Saleh dari jalan kita. Yang saya maksud adalah untanya. Kita harus membunuh untanya dan setelah itu kita akan membunuh Saleh." Demikanlah cara yang dilakukan orang-orang yang kafir sepanjang sejarah. Demikianlah senjata yang digunakan oleh mereka dalam menghadapi kebenaran. Mereka tidak menggunakan akal sehat atau adu argumentasi, tapi mereka justru menggunakan kekuatan fisik. Bagi mereka, ini adalah cara yang paling aman. Pembunuhan akan menyelesaikan masalah. Namun salah seorang di antara mereka berkata: "Bukankah Saleh mengingatkan kita akan azab yang keras jika kita sampai menyakiti unta itu." Namun, orang-orang yang duduk di majelis itu segera memadamkan suara orang itu dengan dua gelas arak.

Kemudian percakapan dimulai tentang Saleh: "Berapakali kita putus asa dan dibuat kecewa olehnya. Sebaik-baik jalan adalah membunuhnya. Mula-mula kita membunuh untanya setelah itu kita akan menghabisi Saleh." "Namun siapa gerangan yang berani membunuhnya?" Pertanyaan itu menciptakan keheningan di antara mereka. Setelah beberapa saat, salah seorang mereka mengangkat suara: "Saya mengenal seseorang yang dapat membunuh­nya." Lalu nama demi nama berputar di antara mereka sehingga mereka menyebut seorang penjahat yang selalu membikin kerusakan di muka bumi dan ia suka mabuk-mabukan. Ia mempunyai kelompok penjahat di kota.

"Dan di kota itu ada sembilan orang laki-laki yang membuat kerusakhan di muka bumi, dan mereka tidak berbuat kebaikan." (QS. an-Naml: 48)

Mereka adalah alat-alat kejahatan. Mereka adalah penjahat-penjahat kota yang terkenal. Mereka sepakat untuk melaksanakan kejahatan. Kegelapan semakin menyelimuti gunung. Kemudian datanglah malam tragedi. Unta yang diberkati itu sedang tidur dan mendekap anaknya yang kecil di dadanya. Anaknya yang kecil itu merasakan kedinginan dan mendapatkan kehangatan di sisi ibunya. Sembilan orang penjahat tersebut telah menyiapkan senjata mereka, pedang mereka dan tombak mereka. Mereka keluar di kegelapan malam, dan pemimpin mereka banyak minum khamer sehingga ia hampir tidak melihat apa yang di depannya.

"Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya." (QS. al-Qamar: 29)

Sembilan laki-laki itu menyerang unta itu, lalu ia bangkit dan bangunlah anaknya dalam keadaan takut. Akhiranya, darah unta itu terkucur dan anaknya pun terbunuh. Nabi Saleh mengetahui apa yang terjadi, lalu beliau keluar dalam keadaan marah untuk menemui kaumnya. Beliau berkata kepada mereka: "Bukankah aku telah mengingatkan agar kalian jangan mengganggu unta itu." Mereka menjawab: "Kami memang telah membunuhnya, maka datangkanlah siksaan kepada kami jika engkau mampu. Bukankah engkau berkata bahwa engkau termasuk utusan Tuhan." Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari. Itu adalah janji yang tidak dapat didustakan." (QS. Hud: 65)

Setelah itu, Nabi Saleh meninggalkan kaumnya. Kemudian datanglah janji Allah SWT untuk menghancurkan mereka setelah tiga hari. Berlalulah tiga hari siksaan atas orang-orang kafir dan mereka menunggu-nunggu azab yang datang. Maka pada hari keempat langit terpecah melalui teriakan yang keras di mana teriakan itu menghancurkan gunung dan membinasakan apa saja yang ada di dalamnya. Kemudian bumi berguncang dan menghancurkan apa saja yang di atasnya. Itu adalah satu teriakan saja yang membuat kaum Nabi Saleh hancur berantakan. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami akan mengirimkan unta betina sebagai cobaan bagi mereka, maka tunggulah (tindahan) mereka dan bersabarlah. Dan beritakanlah kepada mereka bahwa sesungguhnya air itu terbagi antara mereka (dengan unta bertina itu); tiap-tiap giliran minum dihadiri (oleh yang punya giliran). Maka, mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya. Alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang. " (QS. al-Qamar: 27-31)

Mereka hancur semua sebelum mengetahui apa yang terjadi. Sedangkan orang-orang yang beriman bersama Nabi Saleh, mereka telah meninggalkan tempat tersebut sehingga mereka selamat.