islam

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
 
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita
Tanpa mereka, hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan
resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga, namun Adam tetap
merindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun
puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki
Tapi, kalau sendiri tidak lurus…
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
baying-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana
nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, nantinya
mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal
Disitu punca bagi kekuatan dunia
Akal setipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka
akan lihat nilaian dari keadilan Tuhan
Bisikkan ketelinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
bahkan akan membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Apabila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan,
Tapi binalah kepimpinan
Pastika sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNya
Jinakkanlah diri kepada Allah nescaya akan
Jinaklah segala-galanya
Dibawah pimpinanamu
'Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra
andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karam Allah
Wajhah….'
 
 
"Diskusi Fiqh & Persona Wanita"-UKM-
 

2 comments:

Suzi said...

Salam Ummi Rifaie...
Wanita dan lelaki saling memerlukan...indahnya ciptaan Allah.

.::Ummu Rifaie::. said...

Salam Alaik...Ya, tidak boleh di nafikan wanita dan lelaki saling memerlukan antara satu sama lain demi menempuh ranjau dan dugaan kehidupan...Allah Itu Adil, 'setiap yang lemah pasti ada kekuatan di sebaliknya...' dan 'setiap yang kurang itu pasti ada kelebihannya kan...'