Kenali Ummahatul Mukminin
"النبي أولى بالمؤمنين من أنفسهم وأزواجه أمهاتهم"


KHADIJAH BINTI KHUWAILID (wafat 3 sebelum Hijrah)
Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Nabi di tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian, beliau dikenali sebagai “wanita suci”. Rasulullah s.a.w menikahinya 15 tahun sebelum diangkat menjadi nabi. Putera dan puterinya dari Rasulullah ialah Qasim, Abdullah (kedua-duanya meninggal dunia ketika masih kecil), Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberikan sokongan yang penuh kepada Rasullullah s.a.w dalam perjuangan menegakkan Islam, samaada dari segi sokongan moral atau material. Beliau wafat pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan di Hujun.
AISYAH BINTI ABU BAKAR (wafat 25H)

Beliau dipersuntingkan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri baginda yang dikahwini ketika masih gadis. Beliau isteri yang paling dicintai oleh baginda dan yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.
HAFSAH BINTI UMAR (wafat 45H)
Semenjak Islam muncul, beliau terus memeluk agama Islam. Beliau bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, suaminya meninggal dunia selepas Perang Badar. Rasulullah s.a.w melamarnya dari orang tuanya. Wafat di Madinah.
JUWAIRIAH BINTI HARITS BIN ABU DHIRAR (wafat 56H)
Nama asal beliau ialah Burrah binti Harits. Beliau ditawan oleh kaum muslimin ketika peperangan Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit untuk menrbus kemerdekaannya dengan imbalan sejumlah harta. Beliau pergi menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta bantuan. Rasullullah s.a.w menawarkan kepadanya persetujuan untuk membayar sejumlah harta yang disepakati itu, kemudian setelah beliau merdeka, Rasulullah pun menikahinya.
MAIMUNAH BINTI HARITS (wafat 50H)
Nama asalnya ialah Burrah, kemudian Rasulullah s.a.w menukar dengan panggilan Maimunah. Beliaulah yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi, kerananya turun ayat yang bermaksud : “ Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi…” (Al-Ahzab - 50)
MARIAH QIBTIAH (wafat 16H)
Seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, iaitu penguasa Mesir kepada Rasulullah s.a.w pada tahun 7H. Setelah dimerdekakan, beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan mendapat seorang putera bernama Ibrahim. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, beliau dibiayai oleh Abu Bakar kemudian Umar. Wafat pada masa zaman pemerintahan Saidina Umar.
SAUDAH BINTI ZAM'AH (wafat 23H)
Beliau memeluk agama Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam tahun Kedua Hijrah, suaminya meninggal dunia. Kemudian dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah. Beliau termasuk dikalangan isteri Nabi yang sering memberi giliran harinya kepada Aisyah.
SOFIAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB (wafat 50H)
Sebelum Islam beliau adalah penganut Yahudi Bani Akhtab yang tertawan pada pererangan Khaibar. Rasululah s.a.w memilih dan memerdekakannya, kemudian beliau memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w menikahinya dan wafat di Madinah.
UMMU HABIBAH BINTI ABU SOFYAN (wafat 44H)
Nama beliau yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sofyan, beliau ikut hijrah ke Abessina bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meniggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah s.a.w segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya untuk Rasulullah s.a.w. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan mahar 400 dinar.
UMMU SALAMAH (wafat 57H)
Beliau ialah Hindun binti Umaiah, termasuk dalan kalangan sahabat wanita yang pertama memelik Islam. Beliau termasuk golongan yang ikut hijrah 2 kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, kemudian Rasulullah s.a.w menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis serta membaca. Beliau dikurniakan usia yang panjang. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.



ZAINAB BINTI JAHSY (wafat 20H)


Nama asal beliau ialah Burrah, sepupu kepada Rasulullah s.a.w. Bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Setelah diceraikan beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan diberi nama Zainab. Dikenali dengan “Ummul Hakam”. Beliau sangat warak dan kuat beragama serta banyak bersedekah.. .

0 comments: